Tuesday, December 8, 2009

PENDIDIKAN BESTARI ROADSHOW

IPOH, 5 Dis.-Syukur ke hadrat ilahi dan tahniah kepada AJK induk Pendidikan Bestari kerana telah berjaya menganjurkan Pendidikan Bestari Roadshow 1 yang dinamakan Program Bina Usahawan Pendidikan 2010 di Dewan Terbuka Kemas, Batu 8, Ulu Kinta, Ipoh.
Majlis ini dirasmikan oleh Yang Berusaha Kaunselor Tuan Hj. Nasir B. Hj. Ismail, ahli Majlis Mesyuarat Dewan Bandaraya Ipoh.

Majlis yang buat julung kalinya dikelolakan oleh Jawatankuasa Pendidkan Bestari ( Anak Perak Cemerlang ) bersama dengan Cikgu Online dan Koperasi Bina Usahawan Selangor Berhad (KOBINA) di sini telah mendapat sambutan dan diakui keberkesanannya sebagai satu program bagi meningkatkan taraf mutu pendidikan anak-anak dan menjamin kecemerlangan mereka pada masa hadapan.


Walaupun pada awalnya hujan telah turun agak lebat di sekitar bandaraya Ipoh, tetapi ianya tidak melunturkan semangat setiap tetamu yang hadir. Seramai lebih 30 orang telah bersama-sama hadir dari setiap pelusuk di daerah dan negeri seperti, Tasek, Gunung Rapat, Taiping, Kulim dan Pulau Pinang dan lain-lain.


Menurut AJK Induk Pendidikan Bestari selepas ini ROADSHOW 2 bakal menyusul dan menemui penduduk-penduduk di kawasan Putrajaya.Kepada yang berminat dan ingin mengetahui maklumat lanjut boleh menelefon AJK Induk En. Zahardi ( Ahcai N9 ) di talian 012-6864438. Kepada yang berminat untuk menyediakan booth bagi tujuan promosi barangan komputer, talian internet broadband atau streamyx dan sebagainya juga boleh menghubungi AJK Induk untuk tujuan promosi pada roadshow tersebut.



No comments:

Post a Comment